Tuesday, June 8, 2010

~~Doa~~


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Ya Allah,
sebagai mana
Engkau pernah menghantar burung² ababil
untok menghancurkan tentera bergajah
musrikin.
maka kami memohon padamu Ya Allah,
turunknlah bantuan mu kali
ini kepada orang² Islam di Palestin,
hancurkanlah rejim zionis sedahsyat
dahsyatnya
..Amin Ya Robal Alamin

Tuesday, March 16, 2010

BERHALA BATU VS BERHALA NAFSU

Bila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-Nya. Bila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan takut kepada-Nya. Sedangkan cinta dan takut kepada Allah itu sumbu dan mber kebaikan dalam hidup di dunia ini. Tanpa cinta Allah, manusia tidak akan dapat mengasihi sesama manusia. Tanpa takut kepada Allah, manusia tidak akan dapat dikawal kejahatan dan kelicikan tipu dayanya.

Orang yang mencintai Allah akan lunak, mesra dan sayang kepada sesama manusia. Kerana apa? Kerana Allah menyuruhnya berbuat begitu. Iman kepada Allah adalah asas dan teras untuk berkasih-sayang. Justeru, Rasulullah saw mengingatkan, tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Iman dan kasih sayang itu bagai irama dan lagu – keduanya tidak dapat dipisahkan. Teguh iman, kukuh persaudaraan.

Tidak ada kebaikan kepada Allah melainkan melalui kebaikan sesama manusia. Memberi salam kepada orang lain mengundang kesejahteraan daripada Allah. Menziarahi saudara kita akan dilimpahi kasih-sayang Allah. Membantu menyelesaikan masalah seseorang, Allah janjikan untuk menyelesaikan masalah kita. Tidak ada dikotomi antara hubungan Allah dengan hubungan sesama manusia. Keduanya saling berkaitan dan berdekatan antara satu sama lain.

Lalu, apabila kes dera bayi dan penzaliman terhadap kanak-kanak kembali berleluasa dalam masyarakat kini dan kita ditanya apakah puncanya? Apalagi jawapannya kalau bukan kerana manusia tidak kenal Allah. Tidak kenal Allah menyebabkan kita tidak cintakan Allah. Dan bila tidak cintakan Allah, maka lunturlah kasih-sayang terhadap manusia. Itulah punca dera.

Pada hal Islam menekankan kasih sayang bukan sahaja kepada manusia malah kepada tumbuhan dan haiwan. Pada musim haji, para jemaah dilarang merosakkan pokok. Pada waktu berperang tentera Islam dilarang menebang pokok yang berbuah. Hutan jangan dipugar dengan mengetepikan kelestarian alam, itu haram. Itu kasih-sayang kepada tumbuhan.

Manakala pada haiwan pula… pernah Rasulullah saw bersabda, akan seseorang yang dimurkai Allah kerana mengurung kucingnya tanpa diberikan makanan. Pisau untuk menyembelih binatang sangat perlu ditajamkan. Dan nabi Muhammad sangat melarang umatnya menyeksa binatang. Unta dan keldai jangan dibebani dengan bebanan yang berat sehingga melebihi kemampuannya menanggung.

Orang yang cinta Allah, akan mencinta makhluk-Nya. Orang yang mencintai makhluk yang di bumi, akan dicintai oleh makhluk yang di langit. Dan begitulah sebaliknya, jika orang tidak cintakan Allah, dia akan membenci makhluk-Nya. Bila dia membenci apa yang di bumi, akan mengutuknya apa yang di langit.

Mengapa ada manusia yang sanggup mendera bayi dan kanak-kanak kecil? Mengapa mereka tergamak berbuat demikian? Sedangkan harimau yang ganas itu pun tidak mendera anaknya? Apakah manusia lebih ganas daripada haiwan? Apakah ada insan yang lebih kejam daripada binatang?

Jawabnya, ya! Bila manusia tidak kenal Allah, manusia akan jadi lebih ganas daripada haiwan. Pada skala yang makro, lihat bagaimana bom atom, senjata kimia dan nuklear telah membunuh ribuan, malah jutaan manusia. Manusia yang dibunuh manusia lebih banyak daripada manusia yang dibunuh oleh haiwan ganas. Tidak syak lagi, manusia lebih ganas daripada harimau, singa dan buaya!

Pada skala mikro, betapa banyak bayi atau anak-anak kecil yang dibuang, didera malah dibunuh oleh ibu-bapa, jiran atau manusia yang durjana? Padahal mengurung kucing tanpa diberi makan pun sudah dimurkai Allah, inikan pula menendang, memijak dan mencekik bayi dan kanak-kanak. Mengapa manusia kembali ke zaman Jahiliah, yakni ketika umat Arab membunuh bayi-bayi perempuan mereka?

Tentulah kerana hati manusia yang mendera itu sama dengan hati orang Arab jahiliah. Hati yang karat dengan berhala. Jika dahulu manusia menyembah berhala batu kini manusia (yang beragama Islam) menyembah berhala nafsu dalam diri sendiri. Nafsu menyebabkan hati nurani menjadi rapuh dan kotor. Nafsu menjadi penjana sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, pemarah, rakus, dendam, gila dunia, cinta nama dalam diri manusia. Dan bila mazmumah sudah bertakhta, kasih sayang dan cinta sesama manusia akan sirna.

Kata orang, kemiskinan menjadi satu tekanan dalam diri ibu-bapa sehingga tega mendera anaknya. Tetapi Siti Fatimah dan Sayidina Ali juga miskin tidak sampai mendera anaknya Sayidina Hasan dan Husin. Kata pengkaji lagi, kerana manusia moden sering terancam, maka mereka sendiri bertukar menjadi pengancam… tetapi sejarah hidup sahabat-sahabat Rasulullah memaparkan hakikat sebaliknya.

Pernah seorang sahabat Rasulullah saw dijadikan tawanan dan menunggu masa untuk dihukum mati. Menjelang hukuman mati, Sayidina Khubaib meminta pisau untuk merapikan janggut dan misainya… Pisau itu diberikan kepadanya. Namun entah bagaimana, seorang anak kecil dari kaum Kafir Quraisy telah pergi berhampiran dengan Khubaib dan bermain-main dengannya.

Setelah menyedari hal itu, kaum Quraisy gempar dan berlari mendapatkan demi menyelamatkan budak tersebut. Mereka merasakan Khubaib pasti akan mencederakan anak kecil kaum yang akan membunuhnya nanti. Atau setidak-tidaknya menjadikan anak itu sebagai tebusan untuk menyelamatkan diri…

Apakah itu yang dilakukan Khubaib? Tidak, beliau tidak mencederakan sedikit pun anak itu kerana dalam hatinya ada iman. Subur iman, maka bersemilah kasih-sayang. Dan kasih sayang tidak akan tega membiarkan pemiliknya membenci apalagi mendera atau menyeksa sesama manusia. Itulah yang ada di dalam hati Khubaib, dan itulah yang tidak ada dalam hati para pendera masa kini.

Bagaimana mengatasi masalah penderaan sesama manusia? Tidak ada lain, melainkan setiap diri perlu kembali mengenali dan mencintai Allah. Mungkin jawapan ini pun sukar diterima memandang umat Islam telah pun belajar tentang persoalan iman – percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat dan lain-lain rukun Iman di sekolah. Namun mengapakah masih berlaku kejahatan dan kemungkaran termasuk masalah penderaan ini?

Amat besar bezanya antara tahu dan kenal. Tahu itu di akal, kenal itu di hati. Ramai orang yang tahu Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan sebagainya tetapi sedikit sekali yang benar-benar kenal akan sifat-sifat kesempurnaan Allah itu. Jika kita hanya tahu Allah Maha melihat tidak akan benar-benar mendorong manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Tetapi apabila manusia kenal sifat-sifat Allah, barulah dia merasa Allah melihat, mendengar dan sebagainya.

Hanya apabila seseorang merasa Allah melihat, mendengar, mengetahui dan sebagainya, barulah dia akan dapat menegakkan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dalam hidupnya. Untuk mengetahui sifat-sifat kesempurnaan Allah cukup dengan belajar. Tetapi untuk mengenal dan merasainya, tidak cukup dengan belajar… kita perlu lebih daripada sekadar itu.

Bagaimana? Imam Ghazali r.h.m telah menjawab pertanyaan hati anda dan saya melalui katanya:
“Cara menambahkan keyakinan itu bukanlah dengan mengajar keterampilan berdebat dan berhujah akan tetapi caranya adalah menyibukkan diri dengan membaca Al Quran dan tahfiznya, membaca hadis dan maknanya serta sibuk dengan tugas-tugas ibadah. Dengan ini akidah anak-anak akan bertambah kukuh…”

Hanya dengan itu barulah berhala nafsu dapat ditumbangkan. Dan hanya dengan itu penderaan sesama manusia dapat dihapuskan. Jika tidak, percayalah penderaan akan terus berleluasa. Anak-anak didera oleh ibu-bapa atau orang dewasa, buruh didera oleh majikan, pengikut didera pemimpin… dan sikaya terus mendera simiskin.


Source dari http://genta-rasa.com/2010/03/16/berhala-batu-vs-berhala-nafsu/#more-852

Tuesday, March 9, 2010

Rahsia Cinta

Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantukamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orangpertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulaimenghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka,kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".

Kekuatan untuk memberi
Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan.Untuk mencintai seseorang seutuhnya,kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu..

Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?

Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan
hubungan yang kuat.

Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.

Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya...

Saturday, February 20, 2010

Orang-orang yang fasik.

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik. (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

Berita gembira.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

Satu surah.

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

Beribadatlah kepada Tuhan.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)

Bandingkan.

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Orang yang sesat.

Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat.

Orang bodoh.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)

Manusia.

Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Orang-orang kafir.

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar

Orang yang bertakwa.

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Al-Quran

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya);
ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.

Wednesday, February 17, 2010

Sunday, February 14, 2010

Pretend


Pretend to be happy when you are not.

Wednesday, January 20, 2010

Sayang


Tanda Allah sayang kepada kita ialah
Ia mudahkan kita untuk beribadat.
Dan Ia payahkan kita untuk buat maksiat.

Pertolongan


Mintalah pertolongan dari Allah dengan solat dan sabar.

Takdir


Apa-apa yang ditakdirkan akan menjadi hak kamu
tidak akan menjadi hak orang lain.

Apa-apa yang ditakdirkan akan menjadi hak orang lain
tidak akan menjadi hak kamu.

Waallahu aalam.

I am a from Malaysia.


I like to be unknown when around
and unnoticed when not around.

I am a Muslim


. أنا مسلم. أنا لست ارهابيا.

Hamba Allah


Saya ini hamba Allah
yang miskin dan hina.

Salam


Welcome